Apakah T+3
Apakah T+3?
T+3 merujuk kepada sistem penyelesaian Bursa Malaysia (Bursa). Pelabur yang membeli atau menjual sekuriti, termasuk saham-saham syarikat tersenarai awam, atas dasar “sudah sedia”, terikat dengan sistem ini. Pada dasarnya, “T” merujuk kepada hari anda melakukan urus niaga dan “3” pula merujuk kepada tiga hari pasaran yang diberikan untuk anda menyelesaikan urus niaga.

Sistem penyelesaian dipendekkan daripada T+5 kepada T+3 pada tahun 2000, bagi meningkatkan kecekapan dan kecairan pasaran saham. Kitaran penyelesaian yang lebih singkat mengurangkan risiko penyelesaian, oleh kerana pelabur boleh mendapat wang atau saham mereka lebih awal.
Bagaimana menentukan T+3?
Sebagai contoh, jika anda membeli 100 unit saham A Bhd pada hari Isnin, 1 Julai (ini merupakan hari T), hari terakhir untuk membayar belian anda itu ialah sebelum jam 12.30 tengah hari Khamis, 4 Julai (hari T+3). Pada hari itu juga, akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) anda akan dikreditkan dengan saham-saham A Bhd.
|
Tarikh urus niaga (T) |
T+1 |
T+2
Rabu |
T+3
Khamis |
| Membeli 100 unit saham A Bhd. |
Hari terakhir untuk membayar pembelian saham A Bhd, sebelum jam 12.30 tengah hari. Akaun CDS dikreditkan dengan saham A Bhd. |
T+3 juga diguna pakai apabila anda menjual saham. Misalannya, jika anda menjual 100 unit saham B Bhd pada hari Isnin 1 Julai, anda mesti memiliki saham B Bhd dalam akaun CDS anda sebelum jam 12.30 tengah hari pada T+2 iaitu hari Rabu.
T+3 untuk urus niaga jualan
|
Tarikh urus niaga (T )
Isnin |
T+1
Selasa |
T+2
Rabu |
T+3
Khamis |
| Menjual 100 unit saham B Bhd. | Hari terakhir bagi mengkreditkan akaun CDS dengan saham B Bhd sebelum jam 12.30 tengah hari. | Menerima cek jualan selepas jam 12.30 tengah hari. |
Hari tiada pasaran
Dalam mengira T+3, anda mesti mengambil kira cuti hujung minggu dan cuti umum kerana semua cuti ini ialah “hari tiada pasaran” apabila Bursa ditutup. Oleh itu, jika urus niaga anda adalah pada hari Jumaat atau sehari sebelum cuti umum, pengiraan T+3 tidak termasuk hari tiada pasaran.

Contohnya, jika anda berurus niaga pada hari Jumaat, T+3 adalah pada hari Rabu berikutnya.
|
Hari urus niaga (T)
Jumaat |
Hari tiada pasaran
Sabtu |
Hari tiada pasaran
Ahad |
T+1
Isnin |
T+2
Selasa |
T+3
Rabu |
Sabtu dan Ahad merupakan hari tiada pasaran yang telah ditetapkan. Tetapi bagi hari tiada pasaran yang lain, Bursa Malaysia akan membuat pengumuman yang sepatutnya di media. Contoh hari tiada pasaran ialah cuti perayaan dan Hari Kebangsaan.
Gagal mematuhi
- Jualan paksa
Jika anda gagal menjelaskan bayaran saham yang anda beli sebelum jam 12.30 tengah hari pada T+3, broker saham anda akan memaksa jual atau “jual paksa” saham-saham tersebut. Oleh kerana ia akan dilakukan mengikut budi bicara mereka pada hari keempat atau T+4, anda akan menanggung kerugian. Jika saham anda dijual pada harga lebih rendah daripada harga belian, anda mesti menampung kerugian itu, selain menjelaskan semua perbelanjaan yang berkaitan dengan pelaksanaan jualan paksa tersebut.
- Belian paksa
Belian paksa merupakan tindakan yang diambil oleh Bursa Malaysia jika saham dalam akaun CDS anda tidak mencukupi pada T+2 pada jam 12.30 tengah hari. Pada dasarnya, belian paksa merupakan langkah bagi menggantikan sekuriti yang gagal dihantar pada waktunya.
|
||||||||||||||||||||||||||||||
Walau bagaimanapun, jika anda fikir bahawa belian paksa adalah jalan keluar termudah bagi anda apabila anda tidak mempunyai saham yang mencukupi, fikirkan semula. Bursa akan membuat “belian paksa” saham-saham itu pada 10 bida tertinggi daripada harga yang dipersetujui bagi saham tersebut (sila rujuk kepada jadual bida minimum). Contohnya, jika harga yang dipersetujui terakhir ialah RM10 sesaham, bida minimum ialah RM0.10 sesaham. Oleh itu, harga jualan paksa adalah 10 bida lebih tinggi iaitu RM11 sesaham. Jika pada awalnya anda menjual saham anda pada harga RM10 sesaham, anda perlu membayar baki (sebelum kos urus niaga) RM1.00 sesaham. Selain itu, anda juga perlu menanggung sebarang kerugian, kos dan perbelanjaan yang timbul daripada proses belian paksa itu.
Panduan bijak T+3
Bagi mengelakkan jualan paksa
- Periksa dengan syarikat broker saham anda mengenai cara pembayaran yang disediakan, contohnya kredit auto, tunai, cek atau perbankan dalam talian. Ini akan membantu anda menentukan cara paling mudah dan cekap untuk membayar belian saham.
- Masukkan wang tunai dalam akaun amanah anda yang boleh didebitkan untuk menjelaskan bayaran pembelian saham. Tetapi, selalulah semak bakinya dan pastikan broker saham anda mematuhi peraturan akaun amanah.
- Bayar saham yang dibeli secepat mungkin. Anda tidak perlu tunggu sehingga T+3 untuk membuat bayaran.
Bagi mengelakkan belian paksa
- Periksa akaun CDS anda bagi memastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum anda membuat pesanan jualan.
- Langgani Depository Call-Direct Bursa Malaysia, satu kemudahan 24 jam bagi menyemak baki yang boleh didagangkan dalam akaun CDS anda.
- Simpan rekod semua penyata Akaun CDS.
Lebih penting lagi, anda mesti selalu berhubung dengan broker saham dan remisier. Mereka mestilah boleh menasihati anda mengenai T+3. Bagi pihak anda pula, anda mesti mengambil inisiatif untuk mempelajari lebih lanjut mengenai T+3. Apa yang dinyatakan dalam artikel ini merupakan penerangan umum mengenai T+3. Penjelasan terperinci boleh diperoleh daripada tapak web Bursa Malaysia
#dipetik dari web Pelabur Malaysia



