Pemilihan Dana
Saya Hendak Melabur Dalam Dana Yang Mana?
Panduan asas memilih dana unit amanah yang betul
“Dana yang mana patut saya pilih?” merupakan soalan lazim di kalangan pelabur unit amanah. Memilih dana yang betul bukanlah mudah. Bagaimanapun, panduan asas yang disediakan di sini boleh membantu menentukan dana paling bersesuaian dengan anda.
| Adakah anda tahu mengapa anda melabur? | |
| Setiap pelabur mempunyai keperluan dan objektif pelaburan yang berbeza-beza. Sesetengah pelabur melabur sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan, manakala sebahagian yang lain melabur sebagai tabungan pendidikan anak-anak. Sebagai pelabur, anda mesti jelas mengenai objektif pelaburan anda. Ini membantu anda menentukan dana yang tepat untuk anda. Misalannya, jika anda mencari satu sumber pendapatan tetap, anda mungkin TIDAK MAHU melabur dalam unit amanah yang sasarannya adalah untuk memperoleh untung modal. | |
| Ketahui profil risiko anda | |
| Setelah menetapkan objektif, buat penilaian terhadap profil risiko anda. Dalam pelaburan, risiko bermakna kemungkinan mengalami kerugian. Setiap pelabur mempunyai profil risiko yang berbeza. Sesetengah pelabur bersedia mengambil risiko yang tinggi manakala sebahagian lagi tidak. Sebagai pelabur, anda mesti sentiasa menilai profil risiko anda dan benar-benar memahami berapa banyak risiko yang anda boleh ambil, atau lebih jelas lagi, berapa banyak kerugian yang anda bersedia tanggung. Dana yang berlainan mempunyai tahap risiko yang berbeza dan sentiasa ingat bahawa pulangan yang tinggi bermakna risikonya pun tinggi. Kebolehan untuk benar-benar mengetahui dan memahami profil risiko anda adalah amat penting. Kebolehan itu memberikan anda penumpuan dan boleh menghalang anda daripada terpengaruh dengan pelbagai brosur berwarna-warni dan janji-janji ejen anda yang boleh mendorong anda memilih dana yang tidak sesuai dengan anda. | |
| Buat kajian | |
|
|
Setelah anda pasti mengenai objektif pelaburan dan profil risiko anda, tibalah masanya untuk anda mendapatkan semua maklumat yang berkenaan. Sumber maklumat anda boleh diperoleh daripada yang berikut:
|
| Semak latar belakang dan pengalaman pengurus dana | |
| Sebelum melaburkan wang hasil titik peluh anda itu, amat mustahak anda mengetahui latar belakang dan pengalaman pengurus dana. Selain itu, periksa sama ada pengurus dana itu dilesenkan oleh pihak berkuasa, dengan melayari tapak web Suruhanjaya Sekuriti. | |
| Jangan bergantung semata-mata kepada prestasi lalu dana | |
| Anda tidak boleh melihat kepada prestasi lalu semata-mata sebagai asas untuk mengukur prestasi akan datang sesuatu dana. Ingatlah bahawa prestasi lalu tidak menggambarkan pulangan akan datang. Selain itu, tidak semua dana di bawah syarikat pengurusan yang sama mencapai prestasi yang sama. | |
| Pilih dana yang sejajar dengan objektif pelaburan anda | |
|
Dana yang sesuai ialah dana yang memberikan anda pulangan yang baik dan juga memenuhi objektif pelaburan dan profil risiko anda. Sebagai contoh, jika anda seorang pesara, anda mungkin tidak mahu melabur dalam dana yang mempunyai pertumbuhan pesat, walaupun dana itu menjanjikan pulangan tinggi. Sebaliknya, anda mungkin mahu menimbangkan untuk melabur dalam dana yang menghasilkan pendapatan yang tetap dan stabil walaupun pulangannya rendah. Dengan menentukan sendiri objektif dan memahami profil risiko serta mengumpulkan maklumat berkaitan, anda sepatutnya boleh menentukan dana yang sesuai untuk melaburkan wang anda |
Ini hanyalah panduan asas dan umum untuk memilih dana unit amanah yang sesuai untuk anda dan tidak terhad setakat yang dipaparkan sahaja. Sebagai pelabur bijak, anda mesti mengambil semua usaha dan inisiatif yang perlu untuk menjadikan keputusan pelaburan anda sebagai satu keputusan berasakan maklumat. Ingatlah bahawa keputusan pelaburan anda ialah hak milik mutlak anda. Jadi, buatlah pilihan bijak.
# Dipetik dari website Pelabur Malaysia



